Wednesday, 25 July 2012

Pemakanan seimbang semasa hamil


 Salam, terkenang kembali kisah-kisah semasa berada di matrikulasi dahulu bila seorang kawan  menegur di dalam facebook. Dah hampir 30 tahun lamanya.. Tamat matrikulasi kami telah memilih dan telah di pilih ke jurusan masing-masing.. Alhamdulillah kawan-kawan semuanya menjadi orang-orang yang hebat sekarang ini..

Pengalaman saya hamil anak pertama 25 tahun yang lalu. Masa tu saya masih lagi belajar.. Alhamdulillah semasa hamil tidak banyak masalah yang di hadapi.. Anak lahir sihat dan comel, ibu juga sihat alhamdulillah.. Walaupun semasa bersalin saya menghadapi masalah pendarahan yang banyak alhamdulillah saya dapat melalui semua itu dengan selamat. Sebab itulah sangat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan yang baik semasa hamil kerana kita tidak tahu komplikasi yang akan berlaku nanti 

Apa yang dapat saya kongsikan adalah semasa hamil saya mengambil pemakanan yang seimbang..Anda semua juga patut melakukan perkara yang sama.

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan pemakanan semasa hamil. InsaAllah ianya dapat membantu anda melalui pengalaman pertama dan seterusnya dengan baik.

             Puan Sihat Bayi Puan Pun Sihat




Panduan Pemakanan Ibu Mengandung 
Semasa mengandung apa yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Ini adalah kerana perubahan fisiologi yang berlaku semasa hamil. Subhanallah! Maha suci Allah yang telah mengaturkan segala.galanya..Yang menjadikan badan wanita begitu flexible untuk menerima segala perubahan yang berlaku semasa hamil.

Antara Sebab Pertambahan berat badan anda ialah:
1.      Berat bayi : 2.5 - 3 kg

2.      Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
3.      Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
4.      Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
5.      Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
6.      Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
7.      Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
8.      Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu adalah berbeza. Ianya bergantung kepada berat anda sebelum hamil. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

 
Makanan semasa mengandung
Pengambilan makanan yang seimbang semasa mengandung adalah sangat penting supaya ibu yang mengandung mendapat semua zat makanan yang diperlukannya. Lebih penting lagi, ia akan mempengaruhi kesihatan bayi di samping kesihatan ibu mengandung itu sendiri.
Ini adalah peringatan untuk diri saya dan anda semua!!

Hadis Nabi yang menggalakkan kita bersederhana dalam pemakanan, bermaksud:

 "Kami adalah kaum yang tidak makan kecuali lapar. Apabila kami makan, kami akan berhenti sebelum kekenyangan."

Berapa ramai kah yang dapat mengikuti sunnah ini. Kebanyakan dari kita akan makan mengikut selera. Kembali pada apa yang di bincangkan tadi, tidak kiralah samada anda hamil @ tidak setiap orang memerlukan diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. 

Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

1 - Makanan utama


Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Makanan ini adalah daripada jenis makanan yang mengandungi karbohidrat (kanji) yang tinggi. Selain daripada nasi, makanan-makanan lain yang mengandungi kanji yang tinggi ialah mee dan roti. Makanan-makanan ini memberikan sumber tenaga utama kepada kita. Oleh itu sebahagian besar makanan harian kita perlu mengandungi makanan dari kumpulan ini.
    

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
 

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat memberikan banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Antara vitamin yang penting ialah beta karotena (membentuk vitamin A di dalam badan bila diperlukan), vitamin B, C dan E. Vitamin2 tersebut membantu meningkatkan imuniti. Mineral yang boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan ialah kalsium dan magnesium.

Sayur-sayuran juga membekalkan serat yang tinggi dan ianya membantu sistem pencernaan. Membantu mengurangkan masalah sembelit dan buasir yang mungkin di hidapi semasa hamil
Sayur-sayuran yang diambil hendaklah dipelbagaikan. Sekiranya sayur-sayuran ini dimasak, pastikan ia tidak dimasak terlalu lama kerana ia akan kehilangan zat-zatnya.




3 - Hasil tenusu

Hasil tenusu seperti susu segar, keju dsb adalah sumber kalsium yang penting. Selain daripada kalsium, ia juga membekalkan zat-zat lain seperti protein, vitamin A dan vitamin D.
 Bagi yang ingin menjaga berat badannya, pengambilan susu yang rendah lemak bolehlah diamalkan.

                                                 susu segar


4 - Daging dan protein

Daging adalah sumber utama protein untuk badan kita. Selain itu, ia juga membekalkan vitamin B dan mineral seperti zat besi (terutamanya daging merah (red meat) seperti daging lembu dan kambing). Bagaimanapun, selalunya daging haiwan mengandungi lemak yang tinggi. Oleh itu, pastikan anda membuang lemak-lemak pada daging seperti kulit ayam, dsb. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi atau masalah gout, anda juga perlu berhati-hati dengan pengambilan daging yang banyak.
 


Selain daripada daging, hasil dari tumbuhan seperti kekacang juga mengandungi protein yang tinggi. Hasil tumbuhan tidak mengandungi kolesterol tetapi ia tetap mengandungi lemak. Walaubagaimanapun kandungan lemak di dalam sumber protein daripada tumbuhan tidaklah setinggi lemak daripada sumber haiwan.


5 - Lemak

Makanan yang mengandungi lemak perlulah diambil secara minimum yang boleh. Makanan jenis ini seperti minyak dsb sebenarnya bermanfaat juga kerana ia membekalkan vitamin-vitamin A, D dan E di samping essential fatty acids. Vitamin-vitamin A, D, E dan juga vitamin K dikenali sebagai vitamin larut lemak (fat-soluble vitamins).


6 - Makanan-makanan lain

Makanan lain seperti gula, garam dan perasa makanan boleh diambil oleh wanita mengandung dalam kuantiti yang minimum. Wanita yang mengalami penyakit-penyakit tertentu seperti darah tinggi dan kencing manis perlu menjaga pemakanan mereka dengan baik. Sesetengah wanita yang mengandung boleh mengalami peningkatan sementara tekanan darah dan gula dalam darah (kencing manis).

Pengambilan air hendaklah ditingkatkan sekiranya boleh. Adalah disyorkan bahawa wanita mengandung meminum air sehingga 8 gelas biasa sehari.
 
Minuman yang perlu di elakkan adalah yang mengandungi kafein dan juga alcohol.
Perlu di ingatkan di sini sekiranya suami anda merokok, cuba jauhi @ minta suami anda jauhi diri anda semasa merokok.

Berhati-hati dalam pengambilan makanan manis dan gula kerana anda akan berisiko mendapat Gestational Diabetes – Penyakit kencing manis semasa mengandung.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Harapan saya agar anda mendapat sedikit pengetahuan dari apa yang telah saya kongsikan tadi.



ADAKAH ANDA MAMPU BERBUAT APA YANG TELAH DI SARANKAN TADI?

MAHUKAH ANDA MENCUBA SUPLEMEN YANG AKAN MEMBANTU ANDA DAN BAYI ANDA MENDAPAT NUTRIENT YANG DI PERLUKAN?

INI ADALAH SET SUPLEMEN UNTUK IBU MENGANDUNG DARI SHAKLEE
Anda semua beruntung kerana sekarang pengambilan vitamin sudah menjadi suatu kemestian.


VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah seperti :-



  • Protein
  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
  • Vitamin C
  • Kalsium (Ostematrix)
FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-
  • Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
  • Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).  
Set di atas adalah cadangan sahaja, anda boleh membuat tempahan bergantung kepada masaalah dan budget anda. Jangan pula timbul dalam fikiran banyak nya nak kena makan. Setiap individu boleh membuat pilihan sendiri..Selamat mencuba!! 

      Anda semua beruntung kerana sekarang pengambilan vitamin sudah menjadi suatu kemestian. Banyak testimoni hebat dari ibu-ibu yang mengandung yang telah mengamalkan suplemen dari Shaklee. Jadi lah sebahagian dari keluarga Shaklee
 

Fungsi- fungsi terperinci vitamin-vitamin tersebut telah saya kongsikan dalam blog saya yang lalu
Sekiranya anda ingin mencuba dan mendapat konsultasi dari saya
Hubungi @ sms saya Dr Amnah: 019 9111 826
Produk akan di hantar terus ke rumah anda!!

Salam sayang dari saya, Insa'Allah jumpa lagi..



























1 comment:

  1. Mengambilnya semasa hamil 42 tahun.sangat sehat berbanding semasa usia muda.bertenaga,tiada bengkak kaki,tiada kejang saraf bahkan boleh fly to san fransisco masa hamil 5 bulan dan ke jepun masa kandungan 7 bulan..

    ReplyDelete